Soon, spm-leavers mesti nak masuk semula sambung belajar kan?
Since orang bekas pelajar asasi undang-undung sesi 2012/2013 uitm kuantan,
orang akan share sikit pengalaman orang time mula-mula nak masuk mds dan mungkin sini ada beberapa tidbits berguna yang korang boleh pakai sebagai persediaan time nak masuk nanti.
First, orang daftar, then diumumkan lah dekat laman web tu yang orang dapat asasi undang-undang. Serius, masa tu sedih gila sebab target subjek sains (padahal benci tapi suka masa tu) tapi dapat undang-undang, so bersyukur jela.
Then terus bersedia dengan benda-benda yang dia suruh siapkan macam borang-borang,
(maybe orang akan sediakan entry lain untuk memudahkan engkorang semua), barang-barang, baju yang korang kena bawak and toiletries semua. Banyak benda nanti yang korang kena print, sign and letak dalam fail. Korang kena sediakan gambar juga and kena buat akaun bank Islam.
Dinasihatkan korang pergi cepat nanti takut kelam-kabut :)
Time tu barang orang SEMUA ayah orang yang sediakan hehehe. (Anak manja T.T)
Saat saat terakhir tu jangan la suka sangat menghadap internet, korang hargailah sepuas-puasnya masa dengan mak ayah korang, bagi yang manja-manja tu, tolong la apa-apa kat dapur sebab takut-takut hari-hari terakhir nanti tangkap leleh.
p/s: Orang tak tangkap leleh hari-hari terakhir tu, orang tangkap leleh time mds. Wakaka.
*sebab ayah tak kasik nangis. sebab tula orang nangis time mds. huwa
MDS tu, Minggu Destini Siswa.
Mds ni minggu orientasi yang diwajibkan kepada dak-dak uitm yang baru masuk.
Minggu ni minggu paling suffer bagi orang.
asasi undang-undang yang dekat kuantan, korang akan kena mds dekat Jengka.
Jauh gila woo.
lagi-lagi yang duduk Johor ni haa.
Bak utara dengan selatan.
So time orang, kitorang pergi sana awal satu hari, and tido sana.
Korang cepat-cepatla booking hotel.
Alhamdulillah bagi orang, sebab dapat mak bapak yang pandai gila.
Diorang tangkas je buat itu ini.
Orang tengok je, haha.
And dah lambai-lambai cium peluk semua,
Kena lah tinggal selama seminggu di Jengka.
Suffernya Tuhan sajalah yang tahu.
Kitorang kena bangun seawal pukul 4/5 untuk mandi.
Dah siap kena beratur kat luar pukul 6.
Yang geramnya tu, bukan nak buat apa pun. Just beratur je sampai pukul 7.
Untuk breakfast. Tak habis lagi masuk mulut dah kena beratur balik ke dewan DSG
untuk ceramah.
Tergamam jugakla kali pertama masa kena suruh berjalan ke sana tu, sebab jauh gila.
Nasib baik dewan tu sejuk, cepat sikit hilang penatnya.
Time hujan lagi heaven.
Time hujan tu orang jalan laju gila dah tak pandang kiri kanan dah.
Yang best pasal uitm ni, diorang amat pentingkan hal agama and solat berjemaah.
since majoritinya melayu yang beragama Islam.
Kat sini jugak korang akan jumpa orang yang berlainan agama, sebab ada Sabah and Sarawak since diorang pun bumiputra.
yang ni baguslah bagi aku,
tapi bab beratur dan bersesak-sesak tulah yang tak best, normal lah sebab ramai.
pastu dekat mds ni akan ade OC yang akan jaga korang.
ada oc yang baik, ada oc yang boleh tahan annoyingnya.
time mds ni korang banyak-banyak la bersabar ya.
and maybe korang kena tadah telinga and buat je apa yang diorang suruh.
senang cita jangan buat salah atau menipu sebab ia sangat menakutkan.
*kes dah boleh expect apa boleh jadi
and maybe, tak tau la sebab time orang tak pakai, baju putih.
penat ayah dengan orang pi carik baju tu satu hari, bila pegi sana tak pakai.
Hmm saba jelah.
time mds ni, jaga barang korang baik-baik sebab hari-hari mesti ada announcement barang yang hilang.and maybe korang boleh sediakan cam botol air, pensil box, and buku nota je dalam beg tu. sebab berat kot kalau korang nak bawak ke hulu ke hilir.
and korang akan tensen sikit bila denga yang kat jengka je ada ceramah-ceramah ni >-<
my advice:
1. korang yang asasi undang-undang akan dipindahkan ke kuantan selepas lebih korang 5 atau 6 hari kat jengka naik bas secara beramai-ramai, so korang pikirlah nak bawak sikit baju ke banyak-banyak sebab later korang akan balik jugak.
yang barang-barang cam baldi semua tu memang kena bawak tau. tang laptop tu.. tak payah kot.
2. bawak sikit sikit je, sebab korang akan topup dan topup bila balik nanti.
3. jangan bazirkan duit :D kesian mak ayah :')
*orang cerita bukan nak takutkan tau, tapi nak korang imagine and bersedia nanti :)