Sunday, October 27, 2019

Rayuan Belajar Memandu

Salam u guys, so today I nak share my experience ambil lesen kenderaan/ kereta.

This was not my first.
Terkejut kan. Sebenarnya this is the second time I ambik lesen kereta. I did Rayuan.

- why?
because my lesen mati sebab tak renew after two years.
i didn't blame anyone.
bagus juga belajar lagi sebab after I got my license the first time I didn't drive at all.
Apa yang I belajar last time semua dah lupa dah.

- how?
I pergi dekat JPJ buat rayuan.
Kelakar okay. I actually nak pergi hidupkan, turned out dah overdue; for a year tak renew!
Tak pasal2 je. Orang JPJ kat meja tu cakap "macam mana boleh tak renew?" and I tak reti tipu I jujur cakap "kitorang terlupa." dalam hati doa-doa dia benarkan rayuan sebab I really don't wanna go the hustle of restarting everything all over again. (kalau start balik kena pergi kelas and belajar komputer... and bayar penuh. extra pulak.)

Lepas tu, kendian dia bagi this one paper yang menunjukkan sebab I merayu and dia stapler my old car license dengan kertas tu.

Ya Allah nasib baik dia bagi. tapi masa dapat kertas tu sebenarnya pun tak sure jugak lagi dapat ke tidak buat rayuan sebab dekat surat tu takde tunjuk pape yang menunjukkan I dibenarkan repeat atau tak, hanya tunjuk sebab kenapa I perlukan rayuan itu.

So my dad yang kaya tu (saja sebut sebab doa) cakap, dia kata "takpe ayah bayarkan untuk learn the second time."
Nak nangis pulak fikir terharu. Semoga Allah memberikan ayahku Syurga teratas.

Friday, October 18, 2019

Perkara-perkara konvokesyen

reminder this is for convocation ceremony to be held in DATC, UiTM Shah Alam

i. ambil jubah

ambil lah baju awal.
nak diingatkan eh semua junior junior dikasihi sekalian. uitm ni, universiti dengan pelajar teramai di malaysia.
kalau ambil jubah bukan awak dan kelas awak sahaja, 3-4 sidang sekali ambek nak
so memang ramai.

dah dapat tarikh konvo, taip: istiadat konvokesyen uitm ke berapa nanti dia akan keluar this link akan beritahu you anything you need to prepare for convocation like jubah and all.

Usually uitm ambil jubah satu hari for all sidangs. yang buat kat uitm lah that is.
Sepanjang pengalaman for me dia buat hari sabtu.

nanti dia bagi u direct link where you letak your ic number and student id nanti dia will show you if you are eligible to convo that year.
bawah tu dia akan tulis whether you want to attend the convocation or not, and sebelah dia akan ada borang jubah.
print borang jubah tu.

bila kamu baca borang jubah tu, dia akan tunjuk keperluan sebelum ambil jubah.

cut to the chase, basically untuk ambik jubah kena ada
1) borang jubah; yang tunjuk macam kena letak gambar tu (tapi gambar takyah letak)
2) kena isi borang graduan, borang ni online tau, *(BANYAK GILA, BANYAK GILA PLEASE ISI AWAL AWAL), dah habis isi nanti ada page yang dia direct kau tu, print page tu.
3) resit bayaran yuran konvo - yang ni bayar online boleh, nanti kalau ada aku bagi link
ataupun paling senang bayar kat atm bank islam bawah yuran ipt.

please, buat awal!

bawak semua benda ni.
re-check dengan kawan2 kau.

nanti prosesnya kau pergi kat datc, kau pergi kat lobby, queue dekat situ.
nanti ada petugas akan suruh kau masuk dan kau kena bagi dia kertas salah satu kertas untuk borang jubah tu. aku tak ingat kertas yang mana. in exchange dia akan bagi kau kad tak silap.

pastu kau kena beratur nak amik convo bag.
convo bag ni simpan sampai habis majlis minggu depannya tau. senang.
boleh letak jubah kau, barang kau for convocation purpose.
dah sampai turn kau, kau bagi kertas yang ada ruang letak gambar tu dengan kad kau dapat tadi.
tu je.
dah dapat beg boleh amek jubah kat level 1.
naik lif la senang.
nanti kau ikut degree ke/diploma ke/master ke diorang dah asingkan siap2
check lah jubahnya kalau ada butang rosak ke, saiz tak kena ke.

ii. pre-convo shooting 
agak membazir. tak wajib. aku saje je include ni sebab kadang2 orang tak terfikir nak buaT. aku ni pun buat ni masa second konvo aku saje2 buat kenangan.
pre-convo shoot ni amek dengan kawan2 je sebelum that graduation day sebab nanti kan semua orang busy. sukati nak buat ke tak. cari yang rate2 murah je. macam haritu aku kena bayar rm250 tak kira berapa ramai- tapi 1 hour je. ada yang rm250 tapi 2 hours. pandai2 la pilih, cari. ada yang kira kepala.

iii. pulang jubah
sama macam kau ambil, pergi kat level 1, bawak pen.
nanti lepas naik stage konvo, dalam benda petak yang kau baru dapat tu
ada satu kad pink 
isi kad tu
letak kat dalam box

pastu pulang lah baju.
setel.
nanti kau dapat official transript on the same day.

bagi yang tak dapat attend convocation walaupun kau eligible that year, untuk transkrip korang kena bayar rm 10 dekat atm bank islam dan boleh ambil dekat uitm. yang tak datang konvo still kena bayar yuran konvo tau.
pape korang call je nombor pihak konvokesyen.

konvo pagi vs konvo petang.

konvo pagi lagi best.

konvo pagi trafik laju
orang konvo petang tak masuk uitm lagi
parking senang
paling awal boleh datang lepas subuh
parking senang

konvo petang.

trafik dekat seluruh shah alam yang nak masuk ke uitm
orang konvo sesi pagi tak keluar lagi
parking nauzubillah
kena datang awalll sebab jem boleh lewat masuk dewan

konvo pagi

boleh amek gambar waktu petang/tengah hari lepas keluar dewan
gambar dengan family ke kawan ke

konvo petang

kawan rushing nak balik sebab dah petang
mak ayah dah penat nak balik sebab dah petang tunggu/ready dari pagi
later nanti nak semua nak balik je tak sempat nak tunggu everyone kumpul
boleh amek gambar waktu sesi pagi tengah konvo
kau kena plan panggil semua orang datang awal geng-geng kau
best je kowt kalau boleh kumpul

in the end mana boleh pilih pun hahahahha
tapi ready lah.
always be early, be prepared


A letter to my law juniors

Aku ni student uitm law.

Nasihat to all my juniors.

First. 
Ok cop. Ni my personal advice. Kalau rasa tak sesuai tak payah la follow.

Make friends.
Cari satu friend yang boleh vibe dengan kau.
Kawan sama-sama susah.
Cari kawan sama-sama susah.
Aku ulang, kawan sama-sama susah.

Second, paling teruk apa pun dalam hidup kau, jangan fail.
Belajar lah nak rak macam mana pun, jangan fail.
First, susah gila kau nak catch up balik weh dengan kawan2 kau yang tak fail.
Biarlah penat, biarlah bersengkang mata pun, biarlah rasa bodoh abadi, jangan fail.
Revise dengan your friends. Guna masa yang ada untuk study. Kuatkan semangat.
Second, kalau fail kau kena bayar nak re-seat paper. Mana kau nak cekut duit kalau kau tak kerja. Mintak parents diorang mesti tanya kau nak buat apa dengan duit tu. So ko kena bagitau diorang. Jadiknya jangan la fail.
Ketiga, kalau kau kena fail kau still kena attend kelas yang kau fail tu.
Peh, kau dah ada 8 subjek law, dah tu kalau fail kau kena add-on lagi satu subjek untuk selit-selitkan dalam subjek yang fail tu. haih takyah la nak. penat.
Tapi kalau dah nak fail jugak.. redha................

Fokus kat kelas and dengar apa-semua yang lecturer cakap.
Time kerja kalau kau tak fokus menyesal beb.

Join aktiviti2 fakulti. Banyak je aktiviti2 yang free. Kau join semua. Kau boleh gain banyak experience. Biarlah kawan kau nak tido kat bilik. Yang bahagia join aktiviti2 ni nanti in the end kau, yang dapat benefit ko. Biaq pi diorang.

Jimat duir.
Biar tak makan best macam kawan-kawan kau,
yang nak bayar bukan diorang, kau.
biar jalan sorang, tapi jalan kau.
biar susah, asalkan tak susahkan orang lain. 
tak payah nak ikut2 orang, biarlah depa nak cakap apa.
in the end, they'll still talk.

Paling penting.
Jaga solat.
No joke. Jaga solat, Allah jaga kau.
Agama jaga. Puasa jangan tinggal. Hari-hari call mak ayah tanya khabar mintak doa.
Hari hari tau! Walaupun diorang doesn't sound interested when picking up LOL

Ingat Allah selalu. tu je la kot. banyakkan puasa banyakkan senam. dah.
utilise benefit2 macam perpustakaan, pusat sukan. seriyes best weh. dari ko tido je kat bilik.

Graduation sesi petang.

So konvo kali pertama aku adalah sesi petang.

So aku cerita apa yang aku ingat pada hari kejadian.
Tak silap aku haritu hari Ahad.

Aku ada kelas syariah pada hari Sabtu.
So aku tinggal dekat rumah kawan aku hari sabtu, stay back.
So parents datang hari ahad pagi sebab konvonye kan sesi petang. Johor dengan Shah Alam tak jauh mana kalau keluar awal.

So bangun pagi tu, siap-siap.
Mekap.
Kena ada kat dewan dalam pukul 2.30.

Aku dengan member aku keluar dalam pukul 1 lebih rasanya.
Jem.
JEMMMMMMMMM TERUK.
Jem mintak maki.

Ayah aku stucked in the jam jugak.
Sebab apa. Sesi pagi tak keluar lagi. Parking takdek.
Oh lagi satu. Time sesi petang masuk, sesi pagi pun nak keluar.
Bertembung.

So kalau kau sesi petang.
Kalau kau rajin ko datang sama waktu dengan sesi pagi.
Tak pun, kalau pukul 2.30 dah kena ada dalam dewan, pukul 10 kau dah kena masuk UiTM.
I'm not even joking.
Use that time untuk shoot gambar dengan family atau shoot pictures around UiTM.
Yang penting kau dah kena ada dalam UiTM.

Paling kelakar.
Bib aku jatuh ok. Hilang. SubhanaAllah.

And aku nak ingatkan.

Baju konvo ada 3 benda komponen utama.
1. Baju
2. Benda kat leher tu aku panggil bib
3. Topi/Mortar Board

Please, at all times.
Jaga 3-3 benda tu.

So yang aku hilang bib tadi, masa nak masuk dewan tu, sebelum tu aku pergi dekat meja orang yang prepare and standby baju untuk konvo kat tepi tu.. ada meja untuk standby-kan kalau kau tercicir itu ini. So aku cakap, "kak, bib saya jatuh." Dia bagi yang baru, at the same time dia ada bagi satu kertas merah ni. Aku pun pegang jela kertas tu sampai habis majlis.

So bila habis majlis kena pulangkan baju konvo kan?
So aku bagilah balik beserta dengan kertas merah cair tu dekat orang kat meja pemulangan tu.
Aku kena bayar RM 10. 00 untuk bib tu weh.
Alhamdulillah, nasib baik.
Ya Allah aku ingat seratus tadi. Mati aku kalau seratus. Nangis sebulan jadiknya.
Aku tak sure pulak kalau barang hilang yang lain berapa pulak kena bayar.

So jaga barang. Datang awal.
Ada apa-apa, tanya.

Thursday, October 17, 2019

Graduation sesi pagi

Salam. 

Ya Allah dah lama gila tak menulis. Haha ayat cliche acah-acah blogger.

So few weeks back- more like about 2 weeks ago I just graduated. For the second time.
Imagine that.

So hari ini aku tulis blog sebab nak memudahkan orang-orang yang bakal graduate, tapi yang apat sesi pagi. Make known that this posting I am about to make is entirely based on my own personal experience and opinion, so it might differ with whatever opinion you might have.

Persiapan konvo.

Tarikh.
So, first of all, once you've gotten your results and lulus, dalam kepala kau mesti dah terbayang-bayang kau bakal menyarungkan baju graduasi yang cantik dan megah tanda kau sudah pun tamat melanjutkan pelajaran. So bila kau dah terbayang camtu, bukan kau sorang yang terbayang, mesti kawan-kawan pun sama juga. So nanti kau tanya, kau bincang diorang agak2 tarikh graduate. Biasanya sesuatu universiti tu akan graduate pada bulan yang sama setiap tahun. Contoh UiTM, mesti akan ada istiadat konvokesyen pada bulan Oktober.

Baju.
Bila dah bincang, dah tau nak agak. Siap-siapkan lah persiapan untuk konvo. Macam aku setahun sebelum konvo aku dah berangan nak pakai baju warna apa. Beberapa bulan nak konvo dah ada dah baju nak pakai apa. Alah kalau lelaki pakai jelah baju apa-apa standard istiadat konvokesyen. Takyah beli baru. Perempuan pun sama. Aku pulak jenis selalu set awal.

Tempat bermalam.
Dah dapat baju konvo, plan pulak cemana kau nak stay kalau tempat konvonya jauh. Nama pun sesi pagi aku plan standby sehari awal la. Kalau petang/malam sesinya aku gerak je pagi sampai petang. So dalam sebulan camtu carilah bilik untuk stay sebab nanti dapat bilik murah, bilik dekat. Mak ayah kita dah tua-tua. Mudahkanlah urusan mereka kalau mereka ikut konvo. Cari awal-awal.

Haritu aku stay kat I-city sebab nak main kat infinity pool dia. Apak best gila mandii. View on-point. 

Aku book bilik ni kat app Agoda tau. So kau log-in pilih, set tarikh, set berapa orang. Masa aku book tu aku tak terus bayar, aku bayar ikut tarikh yang dia bagi last bayar tu. So konon kau book 1 Oktober, dia kata dia hanya akan ambil deposit tu 28 Oktober, so aku buat dia ambil tarikh tu. Kalau kau tak tau nak buat macam mana about this Agoda thing, tanya jelah kat aku balik nanti, aku cuba jawab kalau aku tau.

Sesi pagi konvo.

Konvo sesi pagi is the best. So masa pagi tu ayah aku taknak masuk awal. So aku masuk dengan member. So member aku pick aku dekat hotel yang aku stay tu.

Aku keluar time tu dalam pukul 8. Uitm Jem okeh. Jem. Padahal I-city dgn uitm mana jauh mana.
So kalau nak trafik lancar hang tak stress keluarla hotel pukul 7 atau 6.30 pagi.

So bila dah sampai tempat konvo tu dah takde hal dah.

Tips! Setiap dewan diorang akan provide satu servis untuk ambilkan gambar atas pentas.
Please take some seconds to look at the camera. Tak perlu tengok pada yang bagi. Cakap thank you kuat sikit Hehe

Habis konvo tu dalam pukul 12 camtu. Amek gambar sikit dengan kengkawan, pastu balik. Balik pun lancar je.

Nasihat aku. Amek gambar dengan semua kawan kau. Amek gambar dengan baju konvo, dengan tak baju konvo tapi pegang baju konvo, dengan sijil dengan topi, without sijil without topi. Do it. Sebab tu je kenangan yang kau ada. Amek dekat dalam dewan sebelum lampu tutup. Amek dekat board tulis istiadat konvokesyen, amek kat padang, amek kat tasik. Bring people yang you most treasure too. Have fun!

p/s: jangan bawak kad manila atas pentas.