Friday, October 18, 2019

A letter to my law juniors

Aku ni student uitm law.

Nasihat to all my juniors.

First. 
Ok cop. Ni my personal advice. Kalau rasa tak sesuai tak payah la follow.

Make friends.
Cari satu friend yang boleh vibe dengan kau.
Kawan sama-sama susah.
Cari kawan sama-sama susah.
Aku ulang, kawan sama-sama susah.

Second, paling teruk apa pun dalam hidup kau, jangan fail.
Belajar lah nak rak macam mana pun, jangan fail.
First, susah gila kau nak catch up balik weh dengan kawan2 kau yang tak fail.
Biarlah penat, biarlah bersengkang mata pun, biarlah rasa bodoh abadi, jangan fail.
Revise dengan your friends. Guna masa yang ada untuk study. Kuatkan semangat.
Second, kalau fail kau kena bayar nak re-seat paper. Mana kau nak cekut duit kalau kau tak kerja. Mintak parents diorang mesti tanya kau nak buat apa dengan duit tu. So ko kena bagitau diorang. Jadiknya jangan la fail.
Ketiga, kalau kau kena fail kau still kena attend kelas yang kau fail tu.
Peh, kau dah ada 8 subjek law, dah tu kalau fail kau kena add-on lagi satu subjek untuk selit-selitkan dalam subjek yang fail tu. haih takyah la nak. penat.
Tapi kalau dah nak fail jugak.. redha................

Fokus kat kelas and dengar apa-semua yang lecturer cakap.
Time kerja kalau kau tak fokus menyesal beb.

Join aktiviti2 fakulti. Banyak je aktiviti2 yang free. Kau join semua. Kau boleh gain banyak experience. Biarlah kawan kau nak tido kat bilik. Yang bahagia join aktiviti2 ni nanti in the end kau, yang dapat benefit ko. Biaq pi diorang.

Jimat duir.
Biar tak makan best macam kawan-kawan kau,
yang nak bayar bukan diorang, kau.
biar jalan sorang, tapi jalan kau.
biar susah, asalkan tak susahkan orang lain. 
tak payah nak ikut2 orang, biarlah depa nak cakap apa.
in the end, they'll still talk.

Paling penting.
Jaga solat.
No joke. Jaga solat, Allah jaga kau.
Agama jaga. Puasa jangan tinggal. Hari-hari call mak ayah tanya khabar mintak doa.
Hari hari tau! Walaupun diorang doesn't sound interested when picking up LOL

Ingat Allah selalu. tu je la kot. banyakkan puasa banyakkan senam. dah.
utilise benefit2 macam perpustakaan, pusat sukan. seriyes best weh. dari ko tido je kat bilik.

No comments:

Post a Comment

spill out your thoughts here :)