Thursday, October 17, 2019

Graduation sesi pagi

Salam. 

Ya Allah dah lama gila tak menulis. Haha ayat cliche acah-acah blogger.

So few weeks back- more like about 2 weeks ago I just graduated. For the second time.
Imagine that.

So hari ini aku tulis blog sebab nak memudahkan orang-orang yang bakal graduate, tapi yang apat sesi pagi. Make known that this posting I am about to make is entirely based on my own personal experience and opinion, so it might differ with whatever opinion you might have.

Persiapan konvo.

Tarikh.
So, first of all, once you've gotten your results and lulus, dalam kepala kau mesti dah terbayang-bayang kau bakal menyarungkan baju graduasi yang cantik dan megah tanda kau sudah pun tamat melanjutkan pelajaran. So bila kau dah terbayang camtu, bukan kau sorang yang terbayang, mesti kawan-kawan pun sama juga. So nanti kau tanya, kau bincang diorang agak2 tarikh graduate. Biasanya sesuatu universiti tu akan graduate pada bulan yang sama setiap tahun. Contoh UiTM, mesti akan ada istiadat konvokesyen pada bulan Oktober.

Baju.
Bila dah bincang, dah tau nak agak. Siap-siapkan lah persiapan untuk konvo. Macam aku setahun sebelum konvo aku dah berangan nak pakai baju warna apa. Beberapa bulan nak konvo dah ada dah baju nak pakai apa. Alah kalau lelaki pakai jelah baju apa-apa standard istiadat konvokesyen. Takyah beli baru. Perempuan pun sama. Aku pulak jenis selalu set awal.

Tempat bermalam.
Dah dapat baju konvo, plan pulak cemana kau nak stay kalau tempat konvonya jauh. Nama pun sesi pagi aku plan standby sehari awal la. Kalau petang/malam sesinya aku gerak je pagi sampai petang. So dalam sebulan camtu carilah bilik untuk stay sebab nanti dapat bilik murah, bilik dekat. Mak ayah kita dah tua-tua. Mudahkanlah urusan mereka kalau mereka ikut konvo. Cari awal-awal.

Haritu aku stay kat I-city sebab nak main kat infinity pool dia. Apak best gila mandii. View on-point. 

Aku book bilik ni kat app Agoda tau. So kau log-in pilih, set tarikh, set berapa orang. Masa aku book tu aku tak terus bayar, aku bayar ikut tarikh yang dia bagi last bayar tu. So konon kau book 1 Oktober, dia kata dia hanya akan ambil deposit tu 28 Oktober, so aku buat dia ambil tarikh tu. Kalau kau tak tau nak buat macam mana about this Agoda thing, tanya jelah kat aku balik nanti, aku cuba jawab kalau aku tau.

Sesi pagi konvo.

Konvo sesi pagi is the best. So masa pagi tu ayah aku taknak masuk awal. So aku masuk dengan member. So member aku pick aku dekat hotel yang aku stay tu.

Aku keluar time tu dalam pukul 8. Uitm Jem okeh. Jem. Padahal I-city dgn uitm mana jauh mana.
So kalau nak trafik lancar hang tak stress keluarla hotel pukul 7 atau 6.30 pagi.

So bila dah sampai tempat konvo tu dah takde hal dah.

Tips! Setiap dewan diorang akan provide satu servis untuk ambilkan gambar atas pentas.
Please take some seconds to look at the camera. Tak perlu tengok pada yang bagi. Cakap thank you kuat sikit Hehe

Habis konvo tu dalam pukul 12 camtu. Amek gambar sikit dengan kengkawan, pastu balik. Balik pun lancar je.

Nasihat aku. Amek gambar dengan semua kawan kau. Amek gambar dengan baju konvo, dengan tak baju konvo tapi pegang baju konvo, dengan sijil dengan topi, without sijil without topi. Do it. Sebab tu je kenangan yang kau ada. Amek dekat dalam dewan sebelum lampu tutup. Amek dekat board tulis istiadat konvokesyen, amek kat padang, amek kat tasik. Bring people yang you most treasure too. Have fun!

p/s: jangan bawak kad manila atas pentas.

No comments:

Post a Comment

spill out your thoughts here :)