Tuesday, August 20, 2013

med check

salam semua.

semalam aku gi buat medical check up
sebab nak naik U bulan 9 ni
cuwak tak cuwak gak la
so kepada yang belum buat tapi nak buat

haa ni nak cerita sikit la sapa yang kot-kot tetiba gabra nak buat medical check up,
yang ni check up dekat klinik kesihatan bakri muar tau.

firstly,
aku ni memang penakut/pemalu orang nya ha ha ha
tapi kalau dah kenal sebenarnya mengalahkan sheey tan xD

sebenarnya aku kalau nak cakap dengan orang kat kaunter tu malunya hadui ke pun
so jadiknya toksah la malu, buat bodoh chill je.
just pergi je kaunter and chakap "salam cik, saya nak buat medical check up"

nanti dia amek borang lain
nanti dia tick -tick mana yang korang kena buat

and semalam aku kena bayar rm20
-untuk bayar xray kot.. so korang prepare la duit gak jangan bawak badan je :D
(korang akan diberi satu no queue yang korang akan pegang je-just pegang dia tak suruh makan benda tu)
and diorang akan bagitau mana nak pegi mana nak pegi lepas ni
contoh dia tulis
(6,
xray,
7)
so first kena pegi kena pergi kaunter 6
and kaunter 6 kena test air kencing
so korang pergi je kaunter 6, tunjuk borang yang dia dah bagi tu
then dia bagila cam botol kecik untuk korang "isi"
haha
pandai pandai la hidup.

and yang menyirap semalam,
Abe/orang lelaki yang jaga
handsome lak uh adoyai
wtfasdasjdhaskd SEGAN GILA ARGH xQ__
pastu aku segan sangat pastu dia kata
"ala nanti saya nak test saya tengok gak benda tu"
asdfghjkl =//=

masa 1st time aku buat medical check up, it was a girl, so takdela segan sangat.

then aku bagi je orang kat kaunter 6 tu,
then dia suruh tunggu,
korang tunggu je la dekat-dekat
nanti dia akan announce NO QUEUE korang yang dah diambik awal-awal tadi
then korang amek la result korang

same goes to xray and no 7 and stuff

1. bagi borang korang
2. tunggu no queue korang disebut
3. ikut arahan yang nurse/pembantu tu suruh
4. tunggu lagi untuk result
5. amek result

Lepas korang buat semua check tu,
korang last sekali akan jumpa doktor.
bukan untuk dibedah tapi
untuk confirmation dia nak tanya sikit-sikit la
nak tengok korang bole gi U ke tak, ada problem ke tak
korang takyah nak tercirit sangat dia tak buat apa pun :)

selain test air kencing and xray,
ada kira tinggi and berat,
tekanan darah,
and test mata :)

xray- korang kena pakai baju xray so korang kena emm, bukak pakaian korang (paling gua tak suka, selain test air kencing)
kira tinggi berat tekanan darah semua dah tau kan
and test mata, ala dia nak check korang rabun warna and rabun ke tak
yang macam ais dapat semalam
test color blind and then
dia bagi satu huruf untuk dipegang then kalau dia tunjuk kat papan ais kena tunjuk dengan tangan ais bentuk tu (gerak/pusing2kan huruf tu la, sambil kena tutup mata sebelah guna alat lain)- btw ais pakai cemata.

and em,
kalau dah dapat tawaran,
kalau kena pegi buat medical check up
pegilah awal-awal
takde la nanti nak queue panjang
mcm aku pergi semalam kejap je
datang pukul 10 lebih
pkul 12 dah siap
sebab sikit je orang,
xde nak queue2

basically medical check up: blood test (air kencing), x ray, physical state: height and weight, blood pressure, eye-sight.
emm tu jela
selamat bermedical check up
lau ada pape nak tanya tanya jela kat ruang komen tu kan ada haa.

salam.

Friday, July 19, 2013

sujud syukur

assalamualaikum

alhamdulillah
aku dapat sambung llb di shah alam :)

so aku nak kongsi cara sujud syukur
mazhab shafie (+hambali)
kena thaharah (suci daripada hadas kecil ataupun besar), 
mengadap kiblat 
dan tutup aurat.

cara nak buat:-
1st hadap kiblat
kedua, takbir pastu sujud satu kali, bacaan dia sama macam bacaan sujud dalam solat biasa
ketiga (takbir lagi sekali lagi untuk bangkit daripada sujud), then bagi salam terus. tak perlu baca doa tahyat akhir / doa tasyahud.

rukun sujud syukur

berniat untuk sujud syukur
Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
Satu kali sujud
Memberi salam sesudah sujud

haa, nak bagitau ni, sujud syukur makruh dilakukan pada waktu2 yg dilarang tau
seperti selepas solat subuh and asar :)

senang banget kan temen-temen
goodluck!

Monday, July 8, 2013

chillin with sibs

"i once told dad that I want to be a singer,
then dad said "NO"
so i said "kfine."

then i said i want to be an actor
then dad also said "NO"
then i said "kfine"

then i said i wanna be Racer
then dad also said "NO"
and i said kfine

and  then, later i said I want to be an Engineeer,
then dad said OK
then i said "FINE""

my bro. FIN

Monday, July 1, 2013

july is here

since its july
it means that we are all going to know
about where will me and friends are going to be placed on september
i really hope that i can pursue law in shah alam (insyaAllah)

guys pray for me and wish me luck hehe :)

Saturday, June 29, 2013

muetz

salam semua

mula-mula aku nak mintak maap kalau maklumat yang aku sampaikan tak mencukupi haha
daya ingatan aku tak sebagus kalian
maap!

jadik hari ni aku nak cerita pasal muet

kepada pelajar undang-undang dan tesl khususnya
sangat lah mementingkan muet ni
sebab kena dapat band 4

muet band dia sampai 6
lagi tinggi "band" tu, lagi power la tahap english anda--rasanya
so kalau dapat band 4 tu alhamdulillah la bangat2

aku buat muet dua kali untuk lepas band 4
1st try dapat band 3, beza 10 points je.
2nd try baru dapat band 4

daripada pengalaman ini
aku paham sebenarnya benda ni boleh buat kalau ada usaha

jujur aku cakap masa 1st try tu aku siapkan pensel je
tak study haprak pun- siap tengok tv ada anugerah bintang popular berita harian yang tema disneyland tu=_=
so pegi konfiden
dapat result menangis tertonggek, tergolek

yang sedihnya
bazir je tinggal kat kampus extra 2 hari sbb nak amek muet (kena bayar rm5 satu hari!)
kat kuantan pulak tu huenghueng
dah la ramai dah balik untuk cuti
aku terkandas /nangis/

zaman aku
muet ni ada dua kali, means like dua bahagian;
satu untuk-Speaking sahaja
satu untuk reading, writing and listening

kesian ayah aku kena hantar aku pergi kuantan siap tido sana
sebab masa tu tengah cuti sem -.-
pedih

so 2nd try
stay rumah member
kenyang wa cakap lu duduk umah dia
asyik makan nasi jek

kos:
kitorang kena amek kereta sewa
mahal rm 200 time tu tak campur minyak
so drive la dari kuantan ke raub

sebenarnya nak amek kat muar,
dekat dengan rumah,
check2 habis! sabooo je
kena la amek kat raub
so tinggal sana--- Thanks pakcik, makcik, n Zu!

and seperti yang aku cakap awal tadi,
muet kena datang 2 kali kan?
yang 2nd time naik bas
dah la tempat bas kat kuantan tu ngada2 tukar2 pulak sana sini
leceh habis.....

Tengok ni, duit minyak, kereta sewa, tambang bas,
muet kalau nak amek lagi sekali rm 100 wooooo
so sayangilah duit anda
baik buat beli makan, kenyang

So nasihat aku

1st Korang amek la yang dekat dengan rumah
lagi best tido makan kat rumah sendiri
hotel ke tempat stay ke takyah kena bayar semua
Senang pegi balik parents boleh hantar
Kalau amek kat tempat lain?
Tempat kat mana tau tau satu hal, Tambang semua pegi balik? wah wah
kaya lain cita la, nak tido pun kena bayo u.u

2nd Pegi la isi borang muet tu cepat2 dah tau korang dah nak kena amek
ni last minit baru nak pilih
nanti semua tempat yang awak nak tak dapat
kalau tak dapat daerah tu, cari daerah. negeri yang paling berdekatan.

ha yang paling penting
no 3 ni

>> dah tau nak amek muet tu study la leklok
ni overkonfiden je mentang2 banyak speak english dengan kawan
N belila buku -.- Korang boleh study kat dalam tu ada latihan,
praktis bebanyak, tu je Key dia
apa2 buku muet pun boleh-asalkan korang buat
Cari masa untuk buat! Jangan lengah

semoga berjaya!

and kalau ada pape soalan tanya je kat ruangan komen

Thursday, May 30, 2013

rayuan mengemaskini keputusan muet

salam semua

bangun tadi tengok handphone baru teringat nak call
penolong pendaftar untuk tolong uruskan upu
aku rasa diorang juga in charge untuk "mendaftarkan" mana kita nak pergi lepas spm/ asasi/ diploma
this one is for uitm lah particularly

so untuk call pejabat penolong pendaftar fakulti undang2 nombornya adalah

03- 55444121/ 03-55444122

so tadi aku terus la pegi telefon nombor tu

then tak dapat sambung
pegi no 2 tu pun sama

so aku try lagi sekali no yang pertama then dapat

pastu aku tanya la "ini pejabat penolong pendaftar fakulti undang-undang ke?"

lepas tu dia kata telefon 03-55444126

lepas tu ais call la no tu then dapat

ais tanya la benda yang sama- "ini pejabat penolong pendaftar fakulti undang-undang ke?"
then dia kata ya..
pastu ais tanya "boleh tak nak check keputusan rayuan muet dah sampai ke belum?"

then dia kata: untuk check keputusan rayuan muet tu call -
03- 55444156

aku cam: aku kang..

then dapat. lepas tu aku tanya la:  "ini pejabat penolong pendaftar fakulti undang-undang ke?"
pastu dia kata YA
then dia tanya Nama.

aku bagitau la nama aku
then-- alhamdulillah la dah sampai surat tu.
pastu ais tanya kan raffiq punya, kawan ais yang beria-ia nak suruh aku teponkan
pastu ais sebut je nama kawan ais lagi sorang-muzammil nama dia
lepas tu orang tu kata "eh ramai nya awak check kan?"

pastu ais "HEHE" jelah.
dan dua budak ni surat diorang pun dah sampai..

to conclude:-
just call  03- 55444156 je untuk check keputusan rayuan muet,
*nak check dah sampai ke belum tau!
bukan upu dah dapat ke belum hehe
and rasanya *call la waktu office hour :)

tu je ais nak bagitau, wasalam :)

p/s: pastikan korang taip 03 masa dail tu and pastikan no 5 dan 4 pada jumlah yang betul, peace!

Thursday, April 25, 2013

asasi undang-undang #pengalaman #mds

Soon, spm-leavers mesti nak masuk semula sambung belajar kan?
Since orang bekas pelajar asasi undang-undung sesi 2012/2013 uitm kuantan,
orang akan share sikit pengalaman orang time mula-mula nak masuk mds dan mungkin sini ada beberapa tidbits berguna yang korang boleh pakai sebagai persediaan time nak masuk nanti.

First, orang daftar, then diumumkan lah dekat laman web tu yang orang dapat asasi undang-undang. Serius, masa tu sedih gila sebab target subjek sains (padahal benci tapi suka masa tu) tapi dapat undang-undang, so bersyukur jela.

Then terus bersedia dengan benda-benda yang dia suruh siapkan macam borang-borang,
(maybe orang akan sediakan entry lain untuk memudahkan engkorang semua), barang-barang, baju yang korang kena bawak and toiletries semua. Banyak benda nanti yang korang kena print, sign and letak dalam fail. Korang kena sediakan gambar juga and kena buat akaun bank Islam.
Dinasihatkan korang pergi cepat nanti takut kelam-kabut :)

Time tu barang orang SEMUA ayah orang yang sediakan hehehe. (Anak manja T.T)
Saat saat terakhir tu jangan la suka sangat menghadap internet, korang hargailah sepuas-puasnya masa dengan mak ayah korang, bagi yang manja-manja tu, tolong la apa-apa kat dapur sebab takut-takut hari-hari terakhir nanti tangkap leleh.
p/s: Orang tak tangkap leleh hari-hari terakhir tu, orang tangkap leleh time mds. Wakaka.
*sebab ayah tak kasik nangis. sebab tula orang nangis time mds. huwa

MDS tu, Minggu Destini Siswa.
Mds ni minggu orientasi yang diwajibkan kepada dak-dak uitm yang baru masuk.

Minggu ni minggu paling suffer bagi orang.
asasi undang-undang yang dekat kuantan, korang akan kena mds dekat Jengka.
Jauh gila woo.
lagi-lagi yang duduk Johor ni haa.
Bak utara dengan selatan.
So time orang, kitorang pergi sana awal satu hari, and tido sana.
Korang cepat-cepatla booking hotel.
Alhamdulillah bagi orang, sebab dapat mak bapak yang pandai gila.
Diorang tangkas je buat itu ini.
Orang tengok je, haha.

And dah lambai-lambai cium peluk semua,
Kena lah tinggal selama seminggu di Jengka.
Suffernya Tuhan sajalah yang tahu.
Kitorang kena bangun seawal pukul 4/5 untuk mandi.
Dah siap kena beratur kat luar pukul 6.
Yang geramnya tu, bukan nak buat apa pun. Just beratur je sampai pukul 7.
Untuk breakfast. Tak habis lagi masuk mulut dah kena beratur balik ke dewan DSG
untuk ceramah.
Tergamam jugakla kali pertama masa kena suruh berjalan ke sana tu, sebab jauh gila.
Nasib baik dewan tu sejuk, cepat sikit hilang penatnya.
Time hujan lagi heaven.
Time hujan tu orang jalan laju gila dah tak pandang kiri kanan dah.

Yang best pasal uitm ni, diorang amat pentingkan hal agama and solat berjemaah.
since majoritinya melayu yang beragama Islam.
Kat sini jugak korang akan jumpa orang yang berlainan agama, sebab ada Sabah and Sarawak since diorang pun bumiputra.
yang ni baguslah bagi aku,
tapi bab beratur dan bersesak-sesak tulah yang tak best, normal lah sebab ramai.

pastu dekat mds ni akan ade OC yang akan jaga korang.
ada oc yang baik, ada oc yang boleh tahan annoyingnya.
time mds ni korang banyak-banyak la bersabar ya.
and maybe korang kena tadah telinga and buat je apa yang diorang suruh.
senang cita jangan buat salah atau menipu sebab ia sangat menakutkan.
*kes dah boleh expect apa boleh jadi

and maybe, tak tau la sebab time orang tak pakai, baju putih.
penat ayah dengan orang pi carik baju tu satu hari, bila pegi sana tak pakai.
Hmm saba jelah.

time mds ni, jaga barang korang baik-baik sebab hari-hari mesti ada announcement barang yang hilang.and maybe korang boleh sediakan cam botol air, pensil box, and buku nota je dalam beg tu. sebab berat kot kalau korang nak bawak ke hulu ke hilir.
and korang akan tensen sikit bila denga yang kat jengka je ada ceramah-ceramah ni >-<

my advice:
1. korang yang asasi undang-undang akan dipindahkan ke kuantan selepas lebih korang 5 atau 6 hari kat jengka naik bas secara beramai-ramai, so korang pikirlah nak bawak sikit baju ke banyak-banyak sebab later korang akan balik jugak.
yang barang-barang cam baldi semua tu memang kena bawak tau. tang laptop tu.. tak payah kot.

2. bawak sikit sikit je, sebab korang akan topup dan topup bila balik nanti.

3. jangan bazirkan duit :D kesian mak ayah :')

*orang cerita bukan nak takutkan tau, tapi nak korang imagine and bersedia nanti :)