Saturday, June 29, 2013

muetz

salam semua

mula-mula aku nak mintak maap kalau maklumat yang aku sampaikan tak mencukupi haha
daya ingatan aku tak sebagus kalian
maap!

jadik hari ni aku nak cerita pasal muet

kepada pelajar undang-undang dan tesl khususnya
sangat lah mementingkan muet ni
sebab kena dapat band 4

muet band dia sampai 6
lagi tinggi "band" tu, lagi power la tahap english anda--rasanya
so kalau dapat band 4 tu alhamdulillah la bangat2

aku buat muet dua kali untuk lepas band 4
1st try dapat band 3, beza 10 points je.
2nd try baru dapat band 4

daripada pengalaman ini
aku paham sebenarnya benda ni boleh buat kalau ada usaha

jujur aku cakap masa 1st try tu aku siapkan pensel je
tak study haprak pun- siap tengok tv ada anugerah bintang popular berita harian yang tema disneyland tu=_=
so pegi konfiden
dapat result menangis tertonggek, tergolek

yang sedihnya
bazir je tinggal kat kampus extra 2 hari sbb nak amek muet (kena bayar rm5 satu hari!)
kat kuantan pulak tu huenghueng
dah la ramai dah balik untuk cuti
aku terkandas /nangis/

zaman aku
muet ni ada dua kali, means like dua bahagian;
satu untuk-Speaking sahaja
satu untuk reading, writing and listening

kesian ayah aku kena hantar aku pergi kuantan siap tido sana
sebab masa tu tengah cuti sem -.-
pedih

so 2nd try
stay rumah member
kenyang wa cakap lu duduk umah dia
asyik makan nasi jek

kos:
kitorang kena amek kereta sewa
mahal rm 200 time tu tak campur minyak
so drive la dari kuantan ke raub

sebenarnya nak amek kat muar,
dekat dengan rumah,
check2 habis! sabooo je
kena la amek kat raub
so tinggal sana--- Thanks pakcik, makcik, n Zu!

and seperti yang aku cakap awal tadi,
muet kena datang 2 kali kan?
yang 2nd time naik bas
dah la tempat bas kat kuantan tu ngada2 tukar2 pulak sana sini
leceh habis.....

Tengok ni, duit minyak, kereta sewa, tambang bas,
muet kalau nak amek lagi sekali rm 100 wooooo
so sayangilah duit anda
baik buat beli makan, kenyang

So nasihat aku

1st Korang amek la yang dekat dengan rumah
lagi best tido makan kat rumah sendiri
hotel ke tempat stay ke takyah kena bayar semua
Senang pegi balik parents boleh hantar
Kalau amek kat tempat lain?
Tempat kat mana tau tau satu hal, Tambang semua pegi balik? wah wah
kaya lain cita la, nak tido pun kena bayo u.u

2nd Pegi la isi borang muet tu cepat2 dah tau korang dah nak kena amek
ni last minit baru nak pilih
nanti semua tempat yang awak nak tak dapat
kalau tak dapat daerah tu, cari daerah. negeri yang paling berdekatan.

ha yang paling penting
no 3 ni

>> dah tau nak amek muet tu study la leklok
ni overkonfiden je mentang2 banyak speak english dengan kawan
N belila buku -.- Korang boleh study kat dalam tu ada latihan,
praktis bebanyak, tu je Key dia
apa2 buku muet pun boleh-asalkan korang buat
Cari masa untuk buat! Jangan lengah

semoga berjaya!

and kalau ada pape soalan tanya je kat ruangan komen